About

Aku merupakan anak kelahiran Muar (tapi ngaku orang Batu Pahat), Johor. Anak ketiga daripada empat beradik ini merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Maklumat dari Universiti Teknologi MARA. Sering dianggap suka berjalan oleh rakan2 sekerja walaupun sebenarnya lebih suka memerap di bilik. Hehehe…

Namun tidak dinafikan, aku suka gak berjalan mengikut mood sendiri. Kerjaku yang memerlukan aku untuk sering bekerja luar kawasan memberikan aku lebih peluang untuk melihat daerah / negeri / negara orang. Namun begitu, kekangan masa menyebabkan sukar bagiku untuk menceritakan pengalaman dalam blog ini.

Bila di tempat orang, perkara yang paling penting untuk dihayati adalah senibina bangunan, keindahan alam, keadaan sosial dan shopping merupakan perkara yang terakhir. Benda wajib untuk dibawa pulang ialah poskad, keychain dan fridge magnet… Huhuhu…

Suka ambil gambar walaupun tak ada asas teknik pengambaran (sebab tu tak cantik). Tapi cukuplah sekadar untuk menggambarkan keadaan sesuatu tempat atau keadaan. Untuk tatapan dan kenangan pada masa depan. Aku amat mengalu2kan komen dan pandangan anda semua. Selamat membaca blog yang tak seberapa ini.

%d bloggers like this: