Posted by: abgohm | March 13, 2008

Melancong ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

NOTA: Lawatan ini berlangsung pada 2 hingga 4 Jun 2007. Catatan ini telah lama dikarang namun tiada kesempatan untuk memuatkannya ke dalam blog. SELAMAT MEMBACA!

Pendahuluan

Bulan ni merupakan bulan yang istimewa aku. Pertama kali outstation ke Sarawak digunakan sepenuhnya untuk berjalan ke tempat-tempat menarik bila ada masa terluang. Memandangkan syarikat aku bermurah hati sponsor duit untuk staf2 buat pasport (sebab company trip tahun ni ke Bali), pasport yang ada digunakan dengan sebaiknya untuk aku gunakan melancong ke luar Malaysia.

Memandangkan aku di Sarawak, aku ada 2 pilihan sebenarnya. Melancong ke Singapore (ikut trainers sebab diorang nak renew visa) atau ke Miri dan terus ke Brunei. Setelah memikirkan kos dan kekangan masa, aku pun memilih untuk melancong seorang diri ke Brunei. Nak cerita ni panjang gak. Tapi rasanya dengan buat kronologi cerita aku ni boleh dipendekkan sependek yang boleh.

28 Mei 2007

4.00 petang, UNIMAS, Kota Samarahan

Setelah berkira2 2-3 hari sebelumnya, aku pun memutuskan untuk beli tiket Air Asia dari Kuching ke Miri dengan harga RM398.98!! Sepatutnya boleh lagi murah daripada tu. Tapi disebabkan satu kesilapan, menyebabkan aku terpaksa bayar extra RM60+ untuk tiket ke Miri ni. Huhuhu…

Yang menarik:

Excited nak pi melancong…

Yang tak menarik:

Sebenarnya nak bayar tiket Air Asia ni boleh menggunakan debit ATM selain kad kredit atau kad debit. Mula2 ingatkan nak beli tiket guna kad debit AmBank NextG aku yang ada RM400 dalamnya… Masa tu harga tiket ke Miri dalam RM300+ je. Sekali bila nak key-in nombor kad debit, aku periksa kad debit aku takde. Bila ingat2 balik baru aku sedar mungkin kad ni tertinggal atau tercicir kat ATM AmBank masa aku bank-in RM400 sebelum ni. So aku tak ingat nombor kad debit tu.

Bagi mengelakkan kemungkinan ada orang jumpa kad tu dan gunakannya. Pada 28 Mei tu jugak aku pergi ke AmBank, mintak pegawai bank cancel kad tu dan buat replacement. Implikasi daripada kesilapan ni, aku terlewat booking tiket (kalau booking awal boleh dapat murah), tak ada backup cash (kad debit sepatutnya boleh backup kalau2 ATM kat Brunei tak terima debit ATM aku), dan baru aku tau yang tiket ni boleh dibayar menggunakan debit ATM.

2 Jun 2007

9.30 pagi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

 

Hari yang ditunggu telah tiba. Aku keluar ke airport seawal jam 9.30 pagi. Tumpang family Dr. Awang, mertua En. Hadi yang aku sewa bilik rumahnya sepanjang outstation di Sarawak ni, yang kebetulan nak melancong ke Sabah, tapi flight mereka jam 11 pagi, flight aku jam 12.55 tengahari. So tunggu lama sikitlah kat airport tu… Sempat tukar duit kat pengurup wang. B$1 bersamaan RM2.20.

Yang tak menarik:

Tak bawa beg sandang! Memang tak ada beg sandang pun sepanjang berada di Sarawak ni. So beli jela satu kat airport ni dengan harga RM50! Huhuhu…

1.50 petang, Lapangan Terbang Miri, Sarawak

 

Kapal terbang AK5932 selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri. Belegar2 jap kat dalam airport tu. Cari tempat sewa kereta. Niat di hati nak sewa kancil je, tapi dah habis disewa. So kereta yang kedua termurah sewanya, Wira (tu pun RM225). Tiba2 tak ada gak. Akhirnya penyewa tu sanggup sewakan kereta Ford Lynx 1.6 dengan sewa yang sama dengan Wira (harga sebenar RM260). Nombor plat lawa: QTB 8881!

 

Tiga jam aku abiskan masa di sekitar Bandar Miri untuk makan tengahari, solat, membeli belah dan bersiar-siar dengan kereta besar, hehehe… Masa berhenti makan di Boulevard Shopping Complex, singgah kejap di sebuah kedai jam dan aku berkenan dengan seutas jam tangan Alain Delon Active. So belilah, sebagai kenangan bekerja di Sarawak dan kenangan berada di Miri.

5.30 petang, Miri – Baram, Sarawak

Aku memulakan perjalanan ke Brunei Darussalam melalui jalan Miri – Baram – Sungai Tujoh. Menurut penyewa kereta kat airport tu, perjalanan dari Miri ke Bandar Seri Begawan mengambil masa kira2 dua jam.

Yang menarik:

Sempat berhenti kejap kat tepi pantai sekitar jalan Miri – Baram yang menghadap Laut China Selatan. Excited naik Jambatan ASEAN, iaitu jambatan yang dibina bagi memudahkan perhubungan jalan darat Miri – Brunei. Tak jauh dari jambatan ini adalah Pos Kastam Sungai Tujoh, Sarawak – Kuala Belait, Brunei. Alhamdulillah, proses nak masuk ke Brunei ni teramatlah mudah. Pegawai yang periksa pasport pun nampak peramah je. Rupanya tak perlu lesen antarabangsa untuk memandu di Brunei.

Yang tak menarik:

 

Cuak seketika kereta tak boleh start. Rupanya immobilizer dia reset. Mungkin masa masuk kereta lutut aku tersentuh reset button mende tu. Sebab nak cepat masuk Brunei, tak sempat nak singgah berhenti kejap ambil gambar Jambatan ASEAN dan juga pos kawalan.

Yang kelakar:

Tak jumpa tempat letak kereta untuk ambil pas kebenaran membawa kereta. Jadi letak kereta agak jauh dari pos kawalan. Pegawai kastam pun tanya kenapa park jauh sangat, aku cakap tak jumpa parking. Dia senyum2 sambil minta pasport dan kad kebenaran membawa kenderaan untuk dicop.

6.30 petang, Kuala Belait, Brunei Darussalam

Melepasi gerbang pos kastam merupakan saat yang menggembirakan. Terpampang jelas papan tanda ‘Selamat Datang ke Negara Brunei Darussalam’ dalam tulisan rumi dan jawi. Keadaan jalan baik, cuma ianya agak sempit jika dibandingkan dengan jalan2 persekutuan di Malaysia (rasanya kurang sekaki lebar). Sepanjang perjalanan ke Bandar Seri Begawan ni agak sunyi dan hanya ada beberapa pekan kecil (lalu Seria, Lumut, Tutong). Aku juga melintasi satu2nya jambatan bertol di Kuala Belait ni. Nasib baik dah siap2 tukar duit kat Kuching. Tolnya sebanyak B$3.00 (lebih kurang RM6.60).

Yang menarik:

Sepanjang perjalanan memang ‘menginsafkan’. Papan tanda di Brunei berwarna hijau muda dan sepanjang jalan mengingatkan aku dengan kebanyakan jalan-jalan nak ke masjid di Malaysia, khususnya Kelantan dan Terengganu. Mana tidaknya, papan tanda kalimah ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakbar’ mengisi ruang2 kosong sepanjang perjalanan. Boleh dikatakan setiap 2 kilometer ada papan tanda ni. Batu jalan ke Bandar Seri Begawan ditanda sebagai ‘BSB’, bukan ‘Backstreet Boys’.

Yang tak menarik:

Walaupun handphone aku boleh roaming, tapi tak sangka prepaid aku pun disedut sekali masa Along telefon. Dapat cakap dalam 2-3 minit je…

Yang kelakar:

Sepanjang memandu ke Bandar Seri Begawan, aku mendengar siaran radio Brunei. Ada beberapa siaran stesen yang aku dengar, antaranya Nasional, Harmoni dan Pelangi. Tapi boleh dikatakan siarannya ala2 Klasik Nasional di Malaysia. Lagu2 lama dan unsur kemelayuan tu kuat di Brunei. Rupanya, di Bandar Seri Begawan sedang meriah menyediakan persiapan sempena Perkahwinan DiRaja. Itulah yang aku dengar menerusi berita di radio.

Memandangkan Brunei ni negaranya kecil, tak banyak berita dalam negeri disiarkan. Berita sukan pun setakat mengulas tentang Brunei DPMM yang bermain dalam Liga Malaysia. Tapi yang tak tahan gelak dalam kereta tu, bila pemberita mengulas tentang Perkahwinan DiRaja ni. Ingatkan cuma nak beritahu anak sultan akan kahwin pada hari sekian dan sekian… Rupanya berita ni macam lebih kepada ensiklopedia lisan. Semua perkara dari awal persiapan sampai akhir diterangkan dengan terperinci. Contoh: balai untuk bersanding sekian ukuran luasnya, kedudukan kerusi dan macam2 lagi yang agak menggelikan hati. Antara alat kebesaran yang sering diulang sebutannya ialah, Gendang Jaga-Jaga (maklumat lanjut)…

8.30 malam, Masjid Jamek Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan

 

Akhirnya sampai juga aku ke Bandar Seri Begawan. Kiranya tepat juga jangkaan penyewa kereta yang kata perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Tempat pertama yang aku singgah ialah Masjid Jamek Hassanal Bolkiah. Masjid ini adalah masjid terbesar dan kedua terpenting selepas Masjid Jamek Omar Ali Saifudin. Terdapat 29 kubah yang disaluti emas dan pemandangan luar dan dalam memang mempersonakan. Aku solat jamak Maghrib dan Isyak di sini.

Yang menarik:

 

Dapat melihat keindahan masjid, dan juga melihat sendiri senaskhah Al-Quran tulisan tangan yang dikatakan telah ditulis pada abad ke-12 (berusia 800 tahun!).

Yang kelakar:

 

Aku termangu seketika… Selepas bersolat, aku ada berjumpa dengan seorang warga Brunei yang baru lepas solat. Dia kata singgah masjid selepas jogging. Lupa siapa nama dia, tapi ada sekali tu dia bertanya kepada aku, “Kita mahu ke mana?” Aku pun blur kejap… Sebab dalam fikiran aku ketika tu, bila masa aku ajak dia jalan sekali… Hehehe… Tiba2 aku teringat di Sarawak, ‘kitak’ tu maksudnya kamu… So hamba Allah ni just nak tanya aku nak ke mana… Lepas beberapa ketika aku terdiam, barulah aku jawab, “Saya datang melawat Brunei”.

9.45 malam, Tepi Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan

 

Selepas solat aku pun meneruskan perjalanan ke pusat bandar. Tanpa sebarang peta aku pun redah je jalan2 di bandar berpandukan papan tanda. Akhirnya aku sampai ke pusat bandar. Tempat letak kereta di tepi sungai ni percuma di waktu malam. Dari tepi sungai ini aku dapat perhatikan bot2 laju ulang-alik dari jeti ke kawasan perumahan di seberang sungai. Di seberang itulah yang dinamakan Kampung Ayer. Orang Barat pernah menggelarnya sebagai ‘Venice of the East’.

10.00 malam, Pusat Bandar, Bandar Seri Begawan

 

Aku mengambil keputusan berjalan kaki saja untuk bersiar2 sekitar Bandar Seri Begawan ni. Kemeriahan jelas terasa memandangkan Perkahwinan DiRaja bakal dilangsungkan seminggu lagi. Kalau sampai lagi awal mungkin dapat tengok keadaan yang lebih meriah. Aku sempat berbual dengan seorang warga Brunei lagi, lupa gak nama dia, bekerja sebagai guru. Daripada dialah aku tahu serba sedikit tentang beberapa tempat2 menarik di Brunei dan sejarah ringkas negara ni.

Di sebatang jalan di tengah2 bandar ni, ‘tamu’ atau pasar  sepanjang jalan menjual pelbagai jenis barang, pakaian dan makanan. Ada juga teragak nak beli, tapi memandangkan barang2 yang dijual lebih kurang sama macam yang aku jumpa di Sarawak, aku just tengok2 jela. Penjual2 di sini ramah juga, murah dengan senyuman.

Yang menarik:

Antara tempat2 yang aku singgah, padang awam, perkarangan Masjid Jamek Omar Ali Saifudin, Mahkamah Syariah, tepian Kampung Ayer (berhampiran masjid, kampung ala2 Kampung Baru di KL tapi semua kereta mewah macam Beatle, Mini Cooper dok park dengan selambanya di tepi jalan. Kalau kat KL dan ‘selamat’ dah), hadapan Royal Regalia (pusat pameran cenderahati2 yang diterima oleh Sultan Brunei) dan hadapan Pejabat Pos Brunei Darussalam. Aku baru faham maksud ‘Awda’. Awda ialah singkatan ‘Awang dan Dayang’ dan boleh juga dikaitkan dengan perkataan ‘anda’. Contoh ayat: “Masukkan sepuluh nombor kad awda.” – Ayat operator kad IDD.

Yang tak menarik:

Disebabkan sampai pun lewat, pagar Masjid Jamek Omar Ali Saifudin dah tutup. So tak dapat nak masuk. Terlepas juga peluang nak pergi Royal Regalia, salah satu destinasi ‘mesti singgah’ di bandar ni. Perancangan yang kurang teliti juga menyebabkan aku tak tahu nak tido kat mana… Huhuhu… Sekali pandang macam tak ada hotel di bandar ni. Patutnya datang pertama kali ke negara orang rasalah masakan tempatannya. Tapi disebabkan sampai lambat, kedai banyak yang tutup, aku makan dan minum di Coffee Bean malam tu. Makan spaghetti dan secawan ekspresso. Yang bestnya boleh surf internet for free.

Yang kelakar:

Banyak perkataan Banjar aku dengar di radio dan nampak di kereta. Aku ada ternampak sebuah kereta tampal sticker yang ada sepotong ayat. Aku tak berapa ingat ayat tu tapi perkataan terakhir pada ayat itu ialah ‘tejungkang’. Aku gelak kat situ gak. Sebab dalam bahasa Banjar, tejungkang ni maksudnya terjatuh, boleh juga diertikan sebagai tergolek atau tertonggeng. Aku tanya dengan cikgu yang aku jumpa tu, apa maksud tejungkang dalam bahasa Brunei, dia jawab, terjatuh. Maknanya betullah sangkaan aku. Antara perkataan Banjar lain yang aku dengar dalam radio, batis (kaki), guring (tido), ampeh (habis, tamat) dan banyak lagi.

12.30 tengah malam, Sekitar Bandar Seri Begawan

 

Memandangkan aku tak ada tempat nak tidur, dan penangan secawan ekspresso yang aku minum kat Coffee Bean, aku menghabiskan masa tengah malam dengan memandu sekitar Bandar Seri Begawan ni. Track yang aku lalui sampailah aku boleh sampai Brunei International Airport, kawasan pejabat-pejabat kerajaan dan depan kawasan Istana Nurul Iman, kediaman rasmi Sultan Brunei Darussalam. Aku sempat berhenti setiap tempat ni ambil gambar. Agak sayang sebab kualiti gambar kurang memuaskan.

Yang menarik:

Tengok kilauan cahaya terang benderang lampu2 sepanjang jalan depan Istana Nurul Iman.

Yang tak menarik:

Belum tido2 lagi…

Yang kelakar:

Siaran malam radio di sini berkisar tentang percintaan yang tak sampaila… Detik2 bahagiala… Detik2 yang memilukanla… Tak tahan gelak gak sepanjang memandu. Sebab susah nak dengar siaran2 macam ni kat Malaysia. Walaupun ada gaya penyampaiannya tak sama, sini lebih jiwang dan menyentuh perasaan. Huhuhu…

3.30 pagi, Pusat Bandar, Bandar Seri Begawan

Setelah puas pusing2 malam tu, aku pun mengambil keputusan untuk cari tempat letak kereta tepi lot kedai yang paling dekat dengan Masjid Omar Ali Saifudin. Dengan harapan, bila azan Subuh aku terus terjaga. Dan bolehlah terus solat Subuh di Masjid utama Brunei Darussalam ni… So, aku pun buka tingkap sikit, lock pintu, turunkan seat, dan … zzzzz…

Yang tak menarik:

Tido dalam kereta… Untuk jangkamasa lebih kurang 2 jam sahaja.

5.20 pagi, Pusat Bandar, Bandar Seri Begawan

Kedengaran azan Subuh berkumandang… So gosok2 mata, tengok cermin tepi dan depan penuh berkabus. Ni semua disebabkan gas karbon dioksida yang terperangkap kat cermin ah ni… Aku betulkan seat dan terus hidupkan enjin. Aku menuju terus ke Masjid Jamek Omar Ali Saifudin.

Yang kelakar:

Kereta aku je yang ‘berani’ redah pintu pagar utama masjid sedangkan sebenarnya perkarangan masjid ditutup untuk majlis perkahwinan tu. Pergh, nasib baik tak ada guard nampak, so u-turn balik dan park di seberang Bangunan Mahkamah Syariah (seberang masjid). Huhuhu… Haru sekali.

5.50 pagi, Masjid Jamek Omar Ali Saifudin, Bandar Seri Begawan

Selepas selesai menunaikan solat Subuh berjemaah, aku pun berjalan2 sekitar masjid untuk melihat keindahan senibina masjid utama Brunei ni. Masjid ni dikelilingi tasik buatan yang terbina juga sebuah replika bahtera lama bernama ‘Mahligai’ yang dikatakan diguna oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-15.

Yang menarik:

Senibina dalaman masjid ni memang menarik. Aku curi-curi ambil gambar ruang dalaman masjid dan tertarik dengan satu alat yang rupanya digunakan untuk mengeluarkan bau wangian bagi mengharumkan kawasan dalam masjid. Macam Glade yang guna elektrik tapi ni versi besar. Dalam masjid ni juga ada electronic kiosk. Perisian dalam kiosk ni lebih menceritakan tentang Majlis Agama Brunei dan yang menariknya, ada juga memasukkan fakta bilangan masjid, masjid2 besar selain masjid jamek yang 2 ni, dan banyak lagi informasi menarik.

Yang tak menarik:

Hujan turun mencurah2 di waktu pagi selepas Subuh, dalam kira2 pukul 6.40 pagi. Kiranya perjalanan pagi ni tertangguh. Lebat sangat, tapi nak buat macam mana. Hujan ni kan rahmat dari Allah s.w.t. So stay ah kat dalam masjid sampai jam 9.00 pagi. Sempatlah mandi dan rehat2 di situ.

9.45 pagi, Pantai Muara, Bandar Seri Begawan

Dari Masjid Jamek Omar Ali Saifudin, aku pun meneruskan perjalanan ke bahagian Muara (tak tahu nak sebut daerah ke ape)… Aku menuju ke sebuah pantai yang bernama Pantai Muara. Sebelum terus ke pantai tu, aku singgah sebentar di pekan Muara dan berhenti untuk bersarapan. Kebetulan ada pengurup wang di situ, jadi aku pun tukarlah duit lagi. Sarapan pagi aku adalah roti canai 2 keping banjir dan secawan teh tarik. Cantik juga landskap pantai tu. Udara sejuk dan bersih. Cuma sayangnya pasir pantai tak putih dan banyak batang2 pokok reput di atas tanah. 

Yang menarik:

Semasa dalam perjalanan ke Pantai Muara ni. Aku singgah ke sebuah stesen minyak Shell sebab meter minyak dah dok blinking. Maklumlah, semalam round bandar waktu malam. Mula2 ingatkan nak isi sikit dulu, so nak balik Miri nanti isi lagi. Isi B$10 je (kira2 RM22). Sekali bila hidupkan enjin, full tank tu! Bila tengok harga seliter minyak, rupanya 36sen Brunei je!!! Bila convert kepada RM, bersamaan 79sen!!! Murah bangat!!! Maklumlah, negara minyak…

Yang tak menarik:

Aku mungkin boleh buat kesimpulan yang makanan dan masakan di Kepulauan Borneo ni tak pedas. Kat Sarawak kebanyakan masakan tak pedas, sekali makan roti canai ni pun, sambalnya memang terasa sambal tempatan tapi… tak pedas jugak! Huhuhu… Aku rindukan masakan pedas…

Yang kelakar:

Rupanya dekat Pantai Muara ni ada military base macam kat Lumut, Perak. Jalan ke pantai tu hanya kira2 200 meter dari guardhouse base tu. Disebabkan tanggapan awal jalan ke pantai kena lalu guardhouse walaupun dah nampak jalan ke kiri tu (takde signboard pun), aku pun terus je… Kena tahan dengan askar… Then dengan tenangnya aku tanya kat diorang, nak ke Pantai Muara terus ke? Diorang kata tak, patah balik dan ambil lorong ke kanan… Siap tanya lagi aku dari Malaysia ker? Aku jawab ya. Huhuhu… Akulah seorang rakyat Malaysia yang ditahan askar Brunei sebab tak tahu jalan… Hehehe…

10.50 pagi, Pantai Serasa, Bandar Seri Begawan

Dari Pantai Muara aku ke Pantai Serasa pula. Dalam bahagian Muara juga (seperti di atas, tak tahu nak sebut daerah atau ape). Tak kurang menariknya, pantai ni macam tanjung atau teluk kecil. Tapi permukaan pasir sempit. Mungkin sebab dah diempang dengan ketulan batu batan yang berfungsi bagi mengelakkan air pasang dari naik ke darat. Kebetulan masa aku datang air tengah pasang. So angin agak kuat dan nyaman. Terdapat kompleks sukan di pantai ni.

11.55 pagi, Muzium Teknologi Melayu, Kota Batu

Dari Pantai Muara aku terus menyusuri jalan tepi bukit Kota Batu, terletak di pinggiran Bandar Seri Begawan. Pemandangan sepanjang perjalanan agak menarik pada beberapa kawasan di mana aku boleh lihat tepi pantai dari atas bukit. Apa yang menarik tentang muzium ini adalah ianya mempamerkan hasil kerjatangan dan inovasi masyarakat Melayu dahulukala dalam kerja2 pertukangan, senibina rumah, teknik menangkap ikan, permainan tradisional, teknik mengisar dan menyimpan beras dan sebagainya. Memang menarik bila tengok teknologi2 yang telah digunakan oleh nenek moyang kita dulu… Teknologi2 yang dipamerkan membuatkan aku berasa yang orang Melayu ni kreatif dan tak ketinggalan zaman pada ketika itu.

Yang menarik:

Masuk percuma. Suka dengan segala yang dipamerkan. Muzium ni kalau tak silap 3 tingkat penuh dengan artifak2 sejarah teknologi orang Melayu.

Yang tak menarik:

Bateri kamera aku dah nak kong… Huhuhu…

1.10 petang, Muzium Brunei, Kota Batu

Tak jauh dari Muzium Teknologi Melayu, adalah Muzium Brunei. Sebelum sampai sempat singgah di sebuah makam yang dikatakan bersemadinya salah seorang Sultan Brunei yang pernah memerintah satu ketika dahulu. Di muzium ni ditempatkan segala artifak2 sejarah Brunei, binatang, serangga dan tumbuhan yang diawetkan, sejarah carigali minyak di Brunei dan juga memuatkan koleksi artifak sejarah Islam milik Sultan Brunei sendiri.

Yang menarik:

Masuk percuma. Kagum dengan koleksi artifak sejarah Islam yang dimiliki Sultan Brunei. Rasa2nya mungkin mencecah berbilion ringgit! Antara koleksi yang dipamerkan ialah barangan seramik, al-Quran bersadur emas, al-Quran saiz mini (lebih kurang macam kotak mancis, halus sangat buatannya), pedang pahlawan Islam, pakaian dan macam2 lagi. Kebanyakan artifak ini adalah hasil ciptaan umat Islam pada zaman kegemilangannya.

Pada bahagian artifak2 sejarah Brunei, dapat aku lihat pelbagai jenis bedil, iaitu sejenis meriam saiz mini yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Brunei, sejarah sultan2 yang memerintah dan susur galur Sultan Brunei. Yang menariknya, dikatakan bahawa Sultan Brunei memiliki darah keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat sebuah carta yang menceritakan susur galur keturunan Sultan Brunei ni. Bermula daripada sultan Brunei ketiga yang dikatakan berketurunan Arab, yang merupakan seorang pedagang, sebelum diangkat menjadi Sultan Brunei.

Yang tak menarik:

Bateri kamera kong! Sempat tangkap satu gambar sebahagian bangunan muzium je. Tak berkesempatan nak menziarahi 2 lagi makam Sultan Brunei yang kebetulan terletak di lereng bukit tak jauh dari muzium menghala ke Bandar Seri Begawan, atas faktor kesuntukan masa.

3.30 petang, Pusat Kraftangan Brunei, Bandar Seri Begawan

Aku mengambil kesempatan singgah ke Pusat Kraftangan Brunei, untuk melihat sendiri hasil kraftangan orang Brunei. Kebetulan pusat ini menjual juga kraftangan yang dihasilkan. Antara yang dipamerkan dan dijual, songket Brunei, gasing, anyaman bakul, bedil yang diperbuat daripada perak dan tembaga, dan banyak lagi. Di sini, aku hanya membeli sebuah replika gasing dan beberapa keping poskad.

Yang menarik:

Tengok hasil seni orang Melayu Brunei. Tak banyak beza tapi ada identitinya tersendiri. Kat sini aku dapat syiling 5sen. Saja kumpul nak lengkapkan koleksi. Duit syiling Brunei ada 5 keping, 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen. Saiz sama sangat dengan syiling Malaysia. Pengaruh zaman kolonial Inggeris…

4.15 petang, Kompleks Yayasan, Bandar Seri Begawan

Kiranya bolehlah dikatakan jejak2 terakhir aku di Brunei ni sebelum aku balik. Solat jamak di Masjid Jamek Omar Ali Saifudin, selepas solat, aku singgah ke Kompleks Yayasan, salah satu daripada dua kompleks membeli belah yang besar di Brunei. Kat sini, aku makan set nasi ayam, sedap, tapi… Tak pedas… Kemudian aku singgah ke sebuah kedai cenderahati, beli keychain dan fridge magnet je. Gaya yang sama macam kat Malaysia, tiga sepuluh ringgit. Tapi bila convert… Huhuhu…

Yang menarik:

Akhirnya, dapat gak duit syiling 1sen. So lengkaplah duit syiling Brunei yang ada dalam poket seluar aku. Aku dapat 2 set.

Yang tak menarik:

Kamera kong. Tak dapat nak snap gambar Kompleks Yayasan ni dan mana2 yang patut. Kewangan yang terhad pun menyebabkan aku hanya beli cenderahati yang basic je. Takpe, kurang2 ada beli replika gasing kat pusat kraftangan.

Yang kelakar:

Aku kononnya nak buat muka tebal. Aku ada beli kad IDD sebelum ni dengan tujuan untuk telefon keluarga di Malaysia. Aku dok gatal beli yang B$10. Sekali lepas telefon semua ada baki B$5 (genap) lagi. Aku buatla gaya kesian dok tanya2 orang kat Kompleks Yayasan tu supaya beli kad tu, dengan alasan aku dah nak balik dan tak perlukan lagi kad tu. 3-4 orang aku approach sume tak nak… Huhuhu… So aku simpan jela buat kenangan.

5.45 petang, Bandar Seri Begawan – Tutong – Kuala Belait

Dengan rasa separa puas separa tak. Aku meninggalkan Bandar Seri Begawan. Seronok gak sebab inilah kali pertama aku sampai negara orang. Selamat Tinggal Brunei… Moga bertemu lagi…

Yang menarik:

Tak tahu nak masuk dalam bahagian tak menarik ke menarik sebenarnya. Aku terlupa jalan balik. Hehehe… Mungkin sebab terasa nak stay lagi kot. Tapi masalahnya flight ke Kuching tengahari esoknya. Lebih2 lagi kereta sepatutnya dipulangkan pada jam 8.00 malam! Dalam pada aku bawa je kereta menghala ke arah yang aku yakin menuju Kuala Belait, aku tersilap masuk simpang kat satu simpang empat ni. Menariknya, walaupun sesat, aku sebenarnya berpeluang melihat antara sunset yang paling cantik aku pernah tengok. Rupanya aku terlepas ke Pantai Tutong. Ramai gak pengunjung di situ. Lepas melihat sunset tu aku terus patah balik cari simpang empat tadi dan belok ke kanan, menuju ke Kuala Belait.

Yang tak menarik:

Bolehlah masukkan sesat sebagai perkara yang tak menarik. Paling hampeh, kamera kong menyebabkan aku tak berpeluang nak rakamkan gambar sunset tu… Huhuhu…

9.15 malam, Lapangan Terbang Miri, Sarawak

Wahaha… sejam suku lebih daripada masa yang dijanjikan. Aku sampai dan dengan keadaan handphone yang kong, rupa2nya penyewa kereta ni dok try call aku 6 kali. Bila dah sampai airport nasib baik booth tempat pulang kunci tu masih buka. Aku pun terus ke pondok telefon dan minta maaf kat penyewa ni sebab lambat pulang kereta. Nasib baik tak kena extra charge. Lepas pulang kereta, aku terus cari teksi menuju ke Kingwood Hotel, salah satu hotel budget murah di Miri ni.

10.00 malam, Kingwood Hotel, Miri

Sampai2 je ke hotel, aku terus check in. Harga bilik RM85 (dalam brochure peta Sarawak tu tulis RM60, mungkin harga lama). Kira ok lah, janji selesa setelah malam sebelumnya tido tak cukup dan pinggang pun terasa lenguh sebab tido kat kerusi kereta. Lepas mandi solat jamak, aku buka balik beg yang aku bawa, belek semua buah tangan yang aku beli, dan duit syiling dan kertas (polimer) Brunei yang tinggal. Kira2 adalah tinggal dalam RM12. Tapi aku tak convert pun, simpan buat koleksi dan kenangan. Malam tu aku tido dengan nyenyaknyer… zzzz…

4 Jun 2007

11.00 pagi, Kingwood Hotel, Miri

Bestnya tido kat katil yang empuk dan berhawa dingin. Lepas subuh tido balik, betulkan tulang belakang yang lenguh akibat tido dalam kereta. Lepas mandi dan berkemas, aku check out dan pergi bersarapan di kedai makan berdekatan. Kemudian aku pun mengambil teksi ke Lapangan Terbang Miri. Flight aku jam 2.25 petang.

2.25 petang, Lapangan Terbang Miri, Sarawak

Tiba masanya aku meninggalkan Miri. Kembali ke Kuching memandangkan esoknya dah mula training balik… Selamat Tinggal Miri, Selamat Tinggal Brunei. Kalau ada masa lagi mungkin boleh ke Miri lagi, tapi melawat tempat2 menarik di Miri pulak, macam Niah, Lambir dan banyak lagi.

3.20 petang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

Akhirnya aku selamat tiba ke destinasi. Berakhirlah juga catatan melancong ke luar negara buat kali pertama ni… Maaf andai ada kesilapan dalam catatan ini. Diharapkan semua mendapat manfaat (dan mungkin idea2) untuk melancong ke Bandar Seri Begawan ini.

Penutup

Secara keseluruhannya, lawatan ini memuaskan di mana aku sempat pergi ke 2 buah masjid utama, 2 kawasan pantai (tak termasuk Pantai Tutong yang just tengok dari dalam kereta), 2 buah muzium, pusat kraftangan dan gedung membeli belah terbesar di Brunei.

Namun begitu, banyak juga tempat yang aku tak pergi melawat dengan lebih dekat seperti Royal Regalia (sayang sangat!), Pejabat Pos (x buka hari Sabtu), Jerudung Park (ala2 Genting, tapi x besar macam Genting la) dan kawasan Brunei yang kecil, iaitu Temburung (Taman Negara terletak di sini).

Mungkin bila berpeluang, aku akan ke sana lagi… Insya Allah…

About these ads

Responses

  1. salam..
    hehe..tahniah atas penciptaan blog ni..best catatan perjalanan ni..nanti ada masa bolehlah dengan semua kulaan pergi brunei..

    p/s:teringat alang cerita pasal lagu2 brunei tu..kalau kat msia confirm lagu mcm tu xlaku..hehehe =p

    • Sangat menarik ..ada crita best lagi tak nak update

  2. Terima kasih…

    Cerita trip ke Bali akan menyusul nanti. Oh ya, pasal lagu tu. Rupanya salah satu lagu yang aku mention tu bukan lagu Brunei. Tapi rupanya nyanyian Judika, penyanyi dari Indonesia. Tajuk lagu tu, Bukan Rayuan Gombal. Sedap gak lagu tu. Kiranya lepas 6 bulan aku tinggalkan Brunei barulah lagu tu popular kat Malaysia…

  3. nak bercuti ke brunei jgk…betul ke best?tp pergi ni lawatan sekolah..

  4. Hmm… Nak kata best ke tak tu terpulang kepada sesiapa yang nak pi. Tapi secara keseluruhan bolehlah dikatakan percutian yang menarik. Jangan lupa pergi Kampung Ayer. Perkampungan nelayan yang menarik… Kalau ada peluang lagi ke Brunei rasa macam nak pi situ… Hehehe…

  5. assalamualaikum

    hye thank 4 visiting brunei
    im bruneian…

    len kali dtglah kat brunei bulan 7 niee siuk tau.. hari jadi sultan… best gileeeer

    • hi, im faizal may i know what hotel is budget hotel at brunei?
      tq so much

  6. hey there. first of all, im a Bruneian. its nice to know that ada juge org describe negeri kita cam awak. thnks fr promoting brunei (: i wud like to tell you tht, jerudong park masa ne dah takde lagi. and is it true tht taman negara terletak di temburung? hahaa. i ddnt knw tht. haha. salam.

    • hotel paling murah kat brunei ni di mana ye?mana lebih jimat?sewa kereta atau naik teksi saja?

      • Maaf lambat balas. Hotel murah saya tak pasti. Tapi kalau tak silap ada rumah tumpangan atau hostel yang murah di tengah bandar. Kena tanya orang2 di sana. Kalau dari Miri better pakai kereta sewa. Tapi pastikan isi minyak penuh2. Sekarang dah ada had untuk isi minyak di Brunei bagi orang luar.

  7. Kepada Happy,

    Sama2… Alang2 saya dah ada di Sarawak so saya pun ambil kesempatan ke Brunei… FYI, tahun ini saya pergi lagi (awal Jun lepas). Insya Allah kisahnya akan dimuatkan… Tapi tak tahu bila memandangkan kesibukan kerja menghalang saya untuk update2 blog ni… Huhuhu…

    Kepada Sukainah,

    Sama2 juga. Untuk lebih info berkenaan Taman Negara Batu Apoi (di Temburong), sila lawati laman web ini: http://www.daerah-temburong.gov.bn/ dan juga laman web ini: http://www.bt.com.bn/en/home_news/2008/07/07/locals_make_fewer_return_visits_to_temburong_for_lack_of_info

    Wassalam…

  8. Assalamualaikum
    Terima kasih kerna dah meluangkan waktu jalan-jalan di Brunei Darussalam…
    Kalau rasa seronok, datang la lagi, nanti saya tunjukkan jalan pergi Pantai Muara yer, tak lah di tahan askar lagi, hehehehe…
    Wassalam…dan salam perkenalan dari beliawanis Brunei..hehehe

    • as-salamm..
      dgr ceta kwan trus tringin nak p melawat brunai…
      so kita pun dah booking tkit 26-29 ni…
      kita boking tikat ke KK.ingat nak ambil keta aje masuk brunai..
      nak main redah aje ni….maklumla fisrt time…
      hotel buget byak tak kat sana

      • Salam,

        Dah lama tak update blog ni. Tak sangka masih ada yang sudi membacanya. Terima kasih.

        Berkenaan hotel budget, saya tak berapa pasti. Cuba ke laman web WikiTravel. Boleh survey harga hotel / rumah tumpangan di sana.

        Dulu nak buat rekod dari Kuching ke Brunei dan ke Kota Kinabalu… Tapi tak kesampaian sebab tak cukup masa…

      • t.sih atas info yg bagi td…
        bukan apa ari ni free ckit kat opis so leh la aceess cr22 info nak ke brunai..
        cikit sbayak blog awak ni leh la membantu saya nak ke sana…
        tq .by

  9. Waalaikumussalam,

    Sama2. Sebenarnya dah 2 kali saya ke Brunei namun begitu disebabkan kekangan masa, tak dapat lagi tulis cerita yang terbaharu tu. Salam perkenalan…

  10. wahh..salam..mmm im a bruneian..kbtulan terbaca blog ni so saya truskan n overall saya suka cara awak tulis..tak buring..wlwpun stngah urg kata brunei ni boring tpi dgn adanya blog awak taklah jadi buring sgt heheee.thankx..klw dtg brunei nanti khabar2kan lah bulih kita temankan ..bnyk lgi tmpat sbnarnya..bulih bawa ke Temburung lah pula…ok looking fwrd for nx story..

    • Kepada sai, terima kasih atas komen yang diberikan. Saya cuba jadikan pengalaman melancong yang ditulis di sini tidak membosankan untuk orang luar membacanya walaupun mungkin ada yang ‘tak tahan’ baca tulisan panjang2… Hehehe… Insya Allah boleh datang lagi di lain waktu.

  11. nice travelog post.. me baru je sampai sempadan kastam imigresen brunei kelmarin lepas jambatan asean tewww.. mebi next time me terjah masuk brunei.. salammm

  12. salam
    rase mcm nk g brunei jek
    tgk tmpt nye mcm cantik ek
    org2nye peramah x?

    • Salam,

      Negara ni tenang, bersih dan orang2nya peramah gak. Beza datang sini cuma kena pakai pasport je, kalau tak terasa macam pi Terengganu pun ada gak. Hehehe…

  13. [...] 3. melancong ke bandar seri begawan [...]

    • Terima kasih kerana memuatkan cerita saya dalam blog saudara.

  14. Best nye blog ni.. Bila nak update?

    • Terima kasih. Insya Allah akan cuba juga diupdate. Masa sungguh mencemburui saya… Malas pun ya gak… Huhuhu…

  15. Seronok baca cerita anda. Saya dan suami akan ke Brunei pada 4 Dis 09 ni, tapi melalui Labuan. Mungkin pengalamannya agak berbeza, tapi cerita anda memberi sedikit sebanyak gambaran ttg Brunei yang boleh dijadikan panduan. t. kasih. Ada sesiapa rakan di Brunei yang boleh dihubungi untuk dapatkan maklumat lebih lanjut?

  16. salam…. terjumpa blog ni masa nak tau pasal tempat menarik di brunei… nice entri… menarik… thumb up for this blog… wink

    • Salam, terima kasih atas komen yang diberikan. Maaf lama dah tak update blog ni.

  17. bestnya nak tanya la, mana lebih jimat naik kapalterbang terus ke Brunei atau transit kat Miri sewa kereta? Nak tahu jugak la macam mana nak sewa kereta kat Miri tu? Saya ni bercadang nak pergi Brunei dan kalau boleh nak buat budget dulu. Satu lagi soalan, mana jauh untuk ke Brunei , dari Sabah ke Dari Miri? Tolong bagi panduan. Terima Kasih..

    • Seperti yang telah diemailkan kepada saudari. Terima kasih.

  18. salam..seronok baca blog awak nie..
    saya n family plan nak gi brunei dec nt..
    kami pegi dr kl..terima ksih kerana bagi bmacam maklumat..
    baru tau bnyk perkataan banjar yg di gunakan kat sana..mudah jugakan sebab saya pun berketurunan banjar..

    • Bah, kulaan kah? Selamat melancing ke Brunei. :)

  19. Yan pun sangat teruja dengan pengalaman u tu…..yan juga akan ke bsb pada tahun depan tapi dari kl……so yang nak berkongsi pengalaman u boleh ke……

    ym:yanaries_fasha
    fb : yanaries_fasha@yahoo.com

    • Salam, silakan. Blog ni pun dah lama bersawang…

  20. Terima kasih, atas info yg berguna..dapat sy jadikan plan trip saya ke sana..
    insyaAllah saya akan ke brunei pada 3Nov 2010… then esoknya ke Brunei..

  21. lain kali kalau awk nk dtg miri..singgahlah kat Mulu..best..

  22. Salam,

    Menarik betul jalan cerita tentang perjalanan awk ke brunei.. saya pun pernah teringin jugak nak ke sana. Tapi boleh tak saya nak tahu brape ye bajet awk pergi dan balik kesana.

    Sebenarnya, pertanyaan yang bermain di minda saya lebih kurang sama yang di postkan oleh angah pada 13 Julai 2010. So, kalau awk masih simpan msg yg awk reply ke angah tu, boleh tlong frward pd saya tak.. t.kasih. ~ krjasama sgt dihargai.

  23. salam, im a bruneian. I was googling brunei when i saw your blog, haha. youre a good writer actually, inda buring membaca blog biskita, kata urang brunei. Anyway’ bagi yang bertanya hotel yang kira murah saja di brunei ni, boleh ke jeruton hotel, located at jerudong. So, enjoy lah bila biskita melawat ke brunei lagi :)

  24. salam, first of all im a bruneian, and i enjoy reading your blog.. “inda boring membaca blog kita ani ah” kata orang brunei. anddd, also thanks for promoting brunei jua. and btw, for those yang mencari hotel di brunei yang murah sikit, cuba arah Jeruton hotel, located at Jerudong Area. and lebih murah mkalau menyewa kereta saja i think? hehe. and fyi, jerudong park masa ni ada masih, tapi permainan banyak tutup sudah. so, i suggest siapa2 yang kan melawat brunei, boleh jua melawat ke mangrove paradise resort, tempat ni baru buka masa tahun 2009. okay, ani saja dapat ku share masani untuk biskita heehe :)

  25. hi
    kalau trip ke bali ada blogg nya saya taruh bali trip tentang sewa mobil murah di bali dengan sopir dan bensin
    contohnya seperti di bawah
    Toyota avansa or suzuki apv IDR 300.000/day include:
    -Petrol
    -Driver
    -Toll fee
    -Parking fee
    -meal for driver
    and free pick up from airport bali to hotel kuta area
    contact: victorytourtravel@yahoo.com

  26. Salam,

    Pertama-tama, saya kenalkan saya dari Negara Brunei Darussalam. Keduanya, diucapkan Terima kasih kerana membuat entri mengenai perjalanan saudara ke negara ‘Adobe of Peace’ yang banyak ‘Hidden Treasure’. Ianya saya lihat sebagai membantu mempromosi Nagara Brunei Darussalam secara tidak langsung.

    Walaupun saya rakyat Negara Brunei Darussalam, saya perlu admit bahawa tidak semua tempat telah saya dilawati. Ini kerana banyak tempat-tempat menarik yang kita boleh tawarkan. Cuma jarak dan lokasi mungkin menjadi penghalangnya jika masa yang diperuntukkan agak terbatas. Contohnya di Taman Rekreasi dan menyusuri hutan tropika yang terletak di Daerah Temburong, kerana Daerah Temburong dipisahkan dengan laut. Kita boleh menggunakan perjalanan laut dengan menaiki Speed Boat atau melalui jalan darat tapi perlu melulai negara jiran iaitu Limbang. Jadinya untuk melawat tempat seperti disebutkan, pelawat kena lah bermalam di sana. Kecualilah untuk melawat sekejap sahaja.

    Di Daerah Tutong pula, kita boleh melawat Tasik Merimbun yang tenang airnya disamping melawat muziumnya yang mempamirkan khazanah purba dan temadun puak Tutong. Dalam entri ini, saudara ada menyatakan saudara sempat pergi ke Pantai Tutong. Perasan kah saudara bahawa ada sebuah istana lama di sana? Istana itu diberi nama Istana Pantai. Sementara itu di Daerah Belait pula kita boleh melawat OGDC (Oil & Gas Discovery Center) dan lain-lain tempat disekitarnya seperti Istana Mangalela. Itu cuma sebahagian dari apa yang ditawarkan di Negara Brunei Darussalam.

    Di BSB pula ada boleh melawat istana lama tapi kita hanya dibenarkan meninjau dari luar sahaja. Istana tersbut di kawal ketat oleh askar Nepal (Gurkha). Bangunan Bumbungan Duabelas juga tidak kurang menariknya. Sebuah bangunan yang mempunyai 12 bumbung tinggalan kolonial British. Bangunan Dua Belas telah dibina pada tahun 1906 dan merupakan kediaman rasmi bagi perwakilan British pada suatu ketika dahulu. Permandangan dari bangunan berkenaan sangat menarik kerana ianya terletak diatas bukit menghadap Kampong Air. Kini ianya digunakan sebagai salah satu galeri untuk para pelancong dan juga dijadikan tempat bagi persembahan kebudayaan. Ditengah bandar BSB pula ada sebuah menara Jam yang didirikan sempena lawatan PM Malaysia pertama ke Negara Brunei Darussalam. Dan tidak jauh dari menara jamitu ada sebuah kubur misteri yang dinamakan Kubur Dang Ayang.

    Itu sekelumit tempat yang dapat saya maklumkan. Jika disenaraikan disinipun tidak habis lagi rasanya…heheh.

    Saya percaya, disebabkan saudara pergi berseorangan maka ianya sedikit menjejaskan perjalanan lawatan saudara. Maksud saya tempat-temlat dituju. Selain faktor kurang tahu jalan-jalannya, tidak ada brochure yang menyatakan tempat menarik menambahkan lagi keterbatasan saudara untuk kemana-mana. Sama juga halnya seperti saya dan orang lain jika berada di negara orang.

    Jika saudara punya kesempatan berkunjung lagi ke Negara Brunei Darussalam, sila hubungi saya melalui email yang ada di blog saya. Insyallah saya boleh memberi panduan dan bantuan. Asalkan dimaklumkan lebih awal.

    Oh ya, untuk pengetahuan saudara, Masjid Sultan Sir Haji Omar Ali Saifuddin (ringkasnya Masjid SOAS) tidak ada perkataan ‘jamek’.

    Apa pun sekali lagi diucapkam terima kasih. “Kalau Seronok Melawat Negara Brunei Darussalam, Tolong Khabarkan Kepada Keluarga dan Teman”

  27. tq saudara, catatan anda menjadi panduan utk trip ke Brunei pada 20/12/2011 nanti.

  28. kampung air bukan kampung nelayan ok..2 perkampungan biasa, pekerjaan utama bukan nelayan..memancing hanya hobi..brunei lain dari yang lain..nelayan brunei jaoh ke depan bbanding malaysia….nak tgok nelayan kat muara…

  29. antara catatan yg palin ‘ikhlas’ pernah saya baca. nice!

    btw, xde link ‘comment’ di entry di blogspot. must add!

  30. Hello, i think that i saw you visited my blog thus i came to “return the
    favor”.I am attempting to find things to improve my
    site!I suppose its ok to use a few of your ideas!

    !

  31. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: